Sunday, January 8, 2012

sentap time exam

assalamualaikum

hai pembaca..hari ni aku nak wat post yg cerita hanya tentang exam..iaitu exam yg baru sahaja berlalu beberapa hari yg lalu...seperti biasa aku terkenal dgn sikap bertangguh ulangkaji. T.T huuu.so pada saat2 terakhir barulah terkedek2 study,org lain steady je,tapi aku ni dah macam apa..umpamanya,nak cerita betapa kelam kabutnya aku time tu.one day tu kan,aku p beli tapau makanan kt kedai.musim exam makan sehari sekali ja sebab nak jimat duit,nak jimat masa,maklumlah duk jauh2 ni duit kena jimat.haha.ngarut je.on the way balik,sambil kayuh gerek(gerek belas ihsan maslina,sbb gerek aku dah kena curi) ha lepas tu sambil kayuh gerek aku hafal sajak beb.haha.desperate gila.tapi alhamdulillah aku berjaya jugak hafal 教我如何不想她 :) syukur yaAllah time exam pun boleh jawab gak,dengan rakusnya aku tulis jawapan sajak tu.ahaks.


so,aku memang fight gila2 ah exam kali ni.nak kata usaha sendiri takde la sangat tapi aku sangat bersyukur kerana pada saat2 genting tersebut Allah telah menghantar beberapa insan mulia,sahabat2 yg sudi membantu diriku yg lemah ini.bagus betul la depa ni.dah la super pandai takyah cakap aa memang hebat depa ni.ditambah pulak dengan sifat pemurah,sifat suka membantu rakan2 yg lemah seperti aku.taktau la nak cakap apa...aku cuma mendoakan semoga Allah membalas jasa2,budi baik mereka..semoga Allah sentiasa merahmati mereka..amin..selain itu,ramai insan2 di sekeliling aku dan insan2 yg dalam hati ni,emm depa ni semua mendoakan,memberi semangat,memaksa! haha,menyuruh,mencabar dan memberi galakan kepada aku utk study betul2.terima kasih semua atas sokongan yg tak terhingga.tanpa kalian pasti aku rebah.diri ini yg seadanya tempang,pastilah begitu mudah tersungkur.terima kasih sekali lagi buat semua...glad i have all of you in my heart...


so,bila tgk tajuk aku kata sentap kan? apa yang aku sentap sangat time exam haritu? mai nak cerita...okey camni.kisah berlaku time aku mula nak jawab paper literature yg pada hemat aku adalah subjek pembunuh (kller subjek).utk soalan pertama kitorang dikehendaki menghafal beberapa sajak cina pastu nanti dia akan keluar 1, suruh tulis balik.tu yg aku sibuk duk hafaltu.ahha.time ni,takleh tengok buku.fyi,paper ni boleh tgk buku actually tp utk soalan first tu ja xleh.jeng jeng jeng.tapi kan lecturer aku rileks ja kata takpa biar ja buku tu,and dia tak asingkan soalan yg xleh tgk buku dgn soalan2 yg bleh rujuk buku.biar betul? takkanlah dia percaya sangat kat kami nih.hmm aku dah mula pelik.biar betul??? memang la dia seorang yang sangat baik.beliau memang lecturer yg aku sangat2 respect...lepas tu,ada ja student yg cakap, ala cikgu, asingkan la,jgn percaya sgt kat kami ni...hmm..pastu kan.....dia cakap 

“我相信你们不会看书的。我知道你们都很诚实。因为你们是穆斯林。如果你们看书的话,等于是欺骗。” 

maksudnya "saya percaya kamu takkan tengok buku (time jawab soalan ni).saya tahu kamu semua jujur.SEBAB KAMU SEMUA ADALAH ORANG ISLAM.kalau meniru jugak,dikira menipu."

ZASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS...BOMMMMMMMMM....PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGG !!
aku taktau pasaipa aku terus terSENTAP.betapa cikgu ni menaruh kepercayaan kepada kami semua sbb kami semua ni MUSLIM.betapa dia percaya...yaAllah kalau lah ada antara kami yg meniru,maka....habislah..kami dikira merosakkan imej orang islam.beratnya.....huhuhu.taktau nak cerita perasaan time tu,yg pasti aku sentap.entah kenapa..bukan sbb aku meniru.aku langsung tak tgk buku sbb busy tulis jwpan.lagipun mmg xkan ada org yg tgk buku pn sbb paper tu susah.kena fikir sendiri,plus nak kejar masa lagi...tp akhirnya,syukur alhmdulillah boleh jawab smpai habis.aku org last hntar paper sbb tak siap.haha.kesian cikgu yg menjaga kena tggu aku tulis smpai hbis.terima kasih cikgu.


aku rasa,aku dapat sesuatu pada paper last tu.peristiwa tu mengetuk dan menampar pipi aku.supaya aku tersedar bahawa...aku seorang Muslim..maka aku harus melakukan dan berakhlak seperti muslim yg sepatutnya..yaAllah..astaghfirullah....hmm..aku sedang berusaha utk itu.......................


so berbalik kepada exam.entah kenapa...aku rasa kali ni Allah banyak tolong..walaupun usaha aku sendiri tak seberapa..semuanya pun,kawan2,dan org lain yg tolong..yg mana mereka itu,aku percaya semua mereka itu dihantar oleh Allah utk menolongku..aku bersyukur jugak kerana dapat menamatkan semester 5 ini dengan hati yg tenang...semua keputusan itu rahsia Allah..setiap kejayaan yg diperoleh,haruslah dipulangkan kepadaNya dengan  mengucapkan ALHAMDULILLAH.tak layak rasanya memperoleh sesuatu yg aku kira...ahhh aku tetap rasa aku tak layak...lepas ni aku akan berusaha dengan lebih.hmm.itu pun,dengan izin Allah.insyaAllah...


banyak kisah aa.banyak drama yg berlaku.semua ini aku jadikan iktibar.semua peristiwa yg berlaku sebelum,semasa dan selepas exam ni...insyaAllah akan aku ambil pengajaran.sebagai pedoman di masa akan datang.yaAllah,bimbing hambaMu ini.amin.


kepada semua yg tengah fight utk final exam di musim ini,aku doakan kalian memperoleh keputusan yg baik,dipermudahkan segala urusan,dilapangkan hati dengan semua takdir dan keputusan Allah,seterusnya dalam kalungan rahmat Allah selalu.amin.


salam sayang,
sakinah <3

0 comments: