assalamualaikum semua.
saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
kepada keluarga tercinta,saudara mara jauh dekat(m'sia & thai),bakal keluarga,seluruh jiran tetangga,sahabat handai,kenalan baru dan lama,pembaca2 blog,dan semua umat islam,
semoga amal ibadah kita semua diterima Allah dan diberkatiNya.
pengorbanan itu sendiri membawa erti yang sangat luas dan pelbagai.yg pasti pengorbanan utk akhirat itu sangat berat kerna hasilnya nanti hanya Allah yg tahu.marilah bermuhasabah dengan menyelami erti pengorbanan para nabi dan rasul yg bertungkus lumus berusaha sehabis daya demi meraih redhaNya.marilah mencontohi mereka,seterusnya mengambil seberapa banyak mungkin ibrah dari kisah-kisah seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.semoga dengan merayakan hari raya korban ini,kita dapat merasakan nilai pengorbanan yg sepatutnya dirasai,semoga memperoleh kefahaman sebenar tentang korban lalu mengaplikasikannya dalam mengabdikan diri hanya pada yang Esa.
tahun ini,aku beraya di perantauan lagi.rindunya nak bertemu dgn keluarga.semoga Allah merahmati dan melindungi mereka di mana saja mereka berada.amin.
![]() |
| ini lah keluarga bahagia saya.nikmat yg Allah berikan utk kami.alhamdulillah.semoga bertemu di syurga kelak.amin. rindu umi,abah,dayah,diena,tah,mamat~ |

2 comments:
umi : aku benci gmbaq nie buh dalam blog...buang cpat! jgn dok mimpi nak bersatu balik..
this is definitely she will say if she see this huhuhuhuh:(
:(
Post a Comment