masuk tahun ini,sudah 4 kali merasai musim sejuk di tanah besar China.alhamdulillah.
cuaca makin hari makin sejuk dah sampai negatif berapa dah tak ingat.bagi org yg kurang biasa dgn cuaca sebegini,pasti akan merasa lelah.jujur,setiap pagi melangkah ke kelas adalah cabaran terbesar utk aku.selama ini,aku memilih utk mengayuh basikal ke kelas.kenapa? sebab mahu cepat sampai.tak sanggup nak berlama2 di luar.sejuk hanya Allah yg tahu.ingat lagi,suhu paling sejuk aku pernah rasa adalah serendah -20 degree. itu dekat Yan'an.time tu aku macam apa dah melompat2 sbb tak tahan sgt.sampai menangis...huhuhu.entahlah,kadang2 kesejukan itu bergantung kepada mindset kita.kalau aku bajet hari ni mesti aku boleh tahan,insyaAllah aku mampu tahan.tapi kalau aku ragu2,memang terimalah kesejukan yg mencengkam ke tulang.time tu mula la rasa nak balik M'sia.pastu bila balik komplen panas pulak.haish manusia2...tak reti bersyukur.Allah bg panas,nak sejuk.Allah bg sejuk,merungut jugak.yg sebenarnya apa yg manusia nak? huhu. dalam kelas,cikgu ada cakap tentang Weichen Daoli.kalau tak silap ia adalah teori yg bermaksud; org yg berada di dalam teringin nak keluar,org yg berada di luar teringin nak masuk.em,biasala kan manusia.tak pernah bersyukur dengan apa yg ada.huhu.insaf2...
berbalik kepada pengalaman aku sebagai org yg berasal dari tempat beriklim tropika yg tinggal di tempat 4 musim,semstinya aku sangat teruja pada mula2.sampai sekarang pun masih teruja dan excited nak tahu dan tengok perubahan musim.subhanallah.semua tu kenangan indah di sini.ada sesuatu peristiwa tu,kita takkan dapat jelaskan dengan kata2,sebaliknya akan kekal dalam kotak memori dengan jelas sekali suasana yg dialami tersebut.contoh;perasaan indah sewaktu melihat salji turun dari luar tingkap bilik,perasaan semasa berjalan2 lalu kelihatan dedaun satu persatu berguguran ke bumi,bunga-bungaan yg berkembang mekar,pokok2 yg segar dengan kehijauan daun,lautan yg bergelora,air sungai dan kolam yg tenang tak berkocak dan macam2 lagi...hmm.aku enjoy dengan semua tu.alhamdulillah,walaupun banyak perkara yg mengusik jiwa tapi Allah hadirkan alam semulajadi yg tak terbanding keindahannya utk memujuk serta menggembirakan hati manusia...
mungkin juga perasaan2 sebegitu hanya dapat dirasai di tempat2 tertentu.mungkin juga bila dah pulang ke tanah air nanti aku takkan alami lagi peristiwa2 sebegini.walaupun begitu,haruslah diingat bahawa alam ini luas.di mana2 saja semua indah,asalkan tidak tercemar.okey,aku rindu Qingdao! huhu.rasa macam nak kembali ke sana.em,aku masih belum berkongsi pengalaman trip ke Qingdao haritu.insyaAllah kalau sempat nanti akan update.
seriously banyak sangat hal yg aku nak tulis kat sini tapi selalu tak sempat.(ni dah kali ke berapa ratus kali aku guna alasan ni.hmmmmmm.maaf ye pembaca semua.huhuhuhu...) sungguh aku ni mcm hangat2 tahi ayam.doakan aku konsisten menulis(merapu) di blog ini.sebab aku sayang dengan blog ni sebenarnya.okey dah melalut lagi,haha.okey i have to go now.bertimbun2 assignments menanti(cewahh assignment konon padahal selalu aku cakap kerja sekolah je sbb belajar kt sini mcm g skolah,hehe)
doakan aku mampu pergi kelas setiap hari.sebab nak mengharungi musim ni,memang la agak susah utk aku.huhu.kesian betul dah lama pun masih tak biasa.mungkin sebab takde lemak.hehehe.perasan! haha!
*minggu depan kena bentang dalam kelas literature.hadoila...doakan aku ya...terima kasih...
assalamualaikum :)
0 comments:
Post a Comment